Waktu coretan ini ditulis, rumah sewa kami ni macam tongkang pecah...kotak sana sini, menunggu masa untuk dimuatkan didalam kontena. Ada juga a few barang yg diiklankan sebelum ini telah dijual. Terima kasih kepada pembeli2 barang2 kami, harap mereka suka & gembira menggunakan barang2 tersebut...
Last week kami masih menerima kunjungan tetamu dari Malaysia, my best fren...akhirnya sampai jugak ke Perth setelah 2 tahun memujuk utk bercuti ke sini. Memang rezeki my fren untuk bercuti ke sini. Puas ler bershopping, berjalan2... Last week jugak, first in my life here dapat naik 'train' macam LRT kat Msia tu....huhuhuhu kelakarkan, 2tahun punyaler lama, baru dapat merasa.... maybe jugak for last. Hari Isnin yg lalu pula semasa cuti Anzac Day, our fren organized farewell party for us...tp kitaorg dtg lmbt sbb pegi shopping dulu barang2 yg nk bawa balik...heheheheh. thank to all our fren yg bermurah hati menjemput kami makan....tu ler terlebih2 makanan...
Semalam merupakan hari pertama our kids memulakan sesi persekolahan untuk sem 2, & hari ni merupakan hari terakhir mereka di sekolah. Sedihkan, baru mula sekolah da kena berhenti. My kids mmg sedih nk tinggalkan cikgu2 diaorg, Irdina siap request nk bagi hadiah utk cikgu... alang2 sekarang ni tgh sales sempena hari 'ibu'...bukan takat beli hadiah utk cikgu, borong sekali barang2 untuk bawa balik. :P
Hari ini perkhidmatan internet akan ditamatkan, so tak bole ler nk bertenet utk sekian waktu sehingga tiba di Malaysia (pun bergantung kpd keadaan). InsyaAllah, kami akan berangkat pulang ke Malaysia esok (Jumaat) 1 Mei 2009 jam 4.25petang sewaktu orang2 di Malaysia sedang enak bercuti sempena Hari Pekerja. Dijangka tiba di Malaysia jam 10 malam. Kami akan terus ke hotel penginapan yg disediakan oleh pihak company di Kuala Lumpur (merasa ler kejap jadik orang kaya huhuhuhu).
Jutaan terima kasih kepada semua kenalan di sini yg banyak membantu kami sepanjang berada disini. Moga persahabatan yg terjalin akan berkekalan walau dimana jua kami & kalian berada. Moga semua jasa, budi baik anda semua diberi balasan yg setimpal disisiNya. To my house landlord, thanks for all ur kindness...mmg owner yg sangat2 baik hati, siap beri kami pinjam pinggan mangkuk, selimut, periuk, cerek, television utk meneruskan kehidupan setelah semua barang disimpan, walaupun owner tu mat saleh tp sikap baik hati mereka mmg sangat2 kami kagumi. Thanks a lot.Kepada all my blog reader, insyaAllah blog ini akan diteruskan. Nantikan my first entry from Malaysia.
































































